round minus
round plus

Saturday, January 26, 2013

AKASIA : Teduhan Kasih


Salam 1Hotlovers.


Drama atau filem adaptasi novel semakin dapat diterima dan mendapat sambutan dikalangan penonton dan penggemar novel.

Terkini, novel Teduhan Kasih juga akan dijadikan drama bersiri yang akan mengisi Slot Akasia di TV3.

Teduhan Kasih telah memulakan penggambarannya yang menampilkan Adi Putra sebagai teraju utama yang memegang watak Ehsan dan bergandingan bersama Sherry Ibrahim sebagai Iffa.

Sinopsis Teduhan Kasih berdasarkan Novel.

Iffa mendirikan rumahtangga bersama Ryzal, namun rumahtangganya dilanda badai. Kehadiran Ayu, yang juga merupakan sahabat baik Iffa telah menjadi punca Ryzal menceraikan Iffa yang sedang berbadan dua.Kehidupan Iffa dikusutkan lagi dengan karenah ibu tirinya. Iffa merupakan anak hasil perkahwinan kedua ayahnya.

Setelah diceraikan oleh Ryzal, Iffa telah tinggal di rumah ibu tirinya. Bermula la pelbagai kejadian dan cerita yang semakin membuatkan Iffa dalam tekanan. Ketika Iffa sedang menahan sakit ketika hendak bersalin telah mempertemukannya dengan Ehsan.

Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatang tinggi di sebuah syarikat. Seorang lelaki yang sentiasa dikelilingi wanita cantik dan kehidupan yang sangat bebas tetapi jiwanya kosong. Bermula dengan pertemuannya dengan Iffa telah merubah keseluruhan kehidupannya.

Bakal menemui penonton berkemungkinan dalam bulan April ini. Sama-sama kita nantikan tayangannya.

No comments: