round minus
round plus

Wednesday, October 31, 2012

ASK2012 : Live Chat Bersama Adi Putra


Salam 1Hotlovers.




Bahang Anugerah Skrin 2012 kian dirasai. Seperti yang kita maklum 2 drama lakonan Mr.Hot Adi Putra iaitu Tentang Dhia (Drama Rantaian) dan Maharku Untukmu(Telemovie) turut dicalonkan untuk Anugerah yang berprestij ini.

Bagi membangkitkan lagi bahang Anugerah Skrin 2012, pada 4hb  November jam 9 malam, tayangan drama
Maharku Untukmu akan sekali lagi menemui penonton dan pastinya ditunggu-tunggu oleh semua 1Hotlovers.Tidak ketinggalan, LIVE CHAT bersama ADI PUTRA juga akan berlangsung pada hari yang sama jam 10.30 malam.

Kepada 1Hotlovers, save tarikh dan masa untuk sama-sama memeriahkan Live Chat bersama Adi Putra.

Klik http://apps.tv3.com.my/ask2012/livechat/live-chat-ask2012.asp untuk chat bersama Hero kesayangan 1Hotlovers.

Sunday, October 14, 2012

Gambar : Malam Premier Aku Terima Nikahnya


Salam 1Hotlovers.

Pada 8hb Oktober telah berlangsungnya Tayangan Gala Filem Aku Terima Nikahnya. Pihak MIG juga telah menyediakan 1 hall khas untuk 1Hotlovers untuk bersama-sama memeriahkan Malam Tayangan Gala ini.

Seramai lebih kurang 100 orang telah memenuhi hall khas ini dan seterusnya menjadi antara orang pertama yang menonton Aku Terima Nikahnya.

Antara gambar-gambar menarik sekitar majlis.

Adi Putra yang memegang watak Johan

Jelingan maut

Nora Danish sebagai Arlisa

Gambar : Movie Day Out 1Hotlovers Singapura


Salam 1Hotlovers.

Pada 11hb Oktober yang juga merupakan Hari pertama filem "Aku Terima Nikahnya", 1Hotlovers dari Singapura telah mengadakan "Movie Day Out" . Dihadiri hampir 40 orang termasuklah bonda kesayangan Mr.Hot, event berjalan lancar.

Walaupun majlis ini tanpa kehadiran pelakon utamanya iaitu Mr.Hot, namun majlis berjalan cukup meriah dan rata-rata penonton sangat gembira.

Menurut sumber, kebiasaannya filem melayu ditayangkan di Rex Cinema, Mackenzie Rd. Dengan bantuan daripada Abang Yus, mereka turut mendapat popcorn dan minuman ringan.

Antara gambar ketika event Movie Day Out.



Aku Terima Nikahnya di REX CINEMA

1Hotlovers bersama Ibu

Mereka disebalik Movie Day Out

Masa menonton

Aku Terima Nikahnya

Tuesday, October 9, 2012

Gambar : Cinta Qaseh Ke India


Salam 1Hotlovers.

Di saat semua menantikan tayangan Aku Terima Nikahnya, pada hari sehari sebelum tayangan, Mr Hot Adi Putra telah berangkat bersama Krew dan Pelakon Cinta Qaseh ke India.

Cinta Qaseh bakal mengisi slot Lestari di TV3. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Feroz Kader yang juga merupakan pengarah yang sering bekerjasama dengan Mr Hot. Antaranya Chinta, Suria Di Cordoba, Mya Zara, Tak Tercapai Akalmum, Kalis Cinta dan Tentang Dhia.

Gambar sebelum berangkat ke India.

Adi Putra sebagai wahyu

check in - 1Hotlovers sampai ke INDIA 

Shah Jaszle

Crew name list on the shirt

Senyuman sebelum berangkat


Sunday, October 7, 2012

Roadtour : Hi Tea Bersama Adi Putra Di Singapura



Salam 1Hotlovers.

Debaran menanti tayangan filem Aku Terima Nikahnya semakin dirasai bukan sahaja oleh para pelakon malahan juga dirasai oleh peminat-peminat setia filem Melayu dan yang pastinya 1Hotlovers. Keterujaan jelas dilihat apabila "Movie Day Out" bersama Adi Putra pada 21hb ini telah menjadi event "pisang goreng panas" yang tidak sampai sehari dibuka telah pun fully booked. Kepada yang tidak berkesempatan, InsyaAllah pihak Executives bersama Adi Putra akan cuba untuk mengadakan event sebegini lagi.


Berbalik seperti tajuk di atas. Pada 16hb September yang lalu, 1Hotlovers di Singapura telah mengadakan Majlis Hi-Tea bersama Mr. Hot Adi Putra. Majlis yang diadakan bermula jam 2 petang hingga 5 petang telah berjaya mengumpulkan hampir 100 orang tetamu yang jelas benar2 seronok berjumpa mata dengan pelakon hebat kelahiran Kota Singa ini.

Sesi beramah mesra bersama tetamu juga dilihat berjaya membuat tetamu mengenali Adi Putra sekaligus menangkis stigma yang mengatakan Adi Putra seorang yang serius.





Pada majlis petang itu, Mr. Hot telah mendendangkan lagu-lagu yang dijadikan OST drama dan filem yang ditulis sendiri. Antaranya adalah Dia Untukku, Tiada Kasih Tiada Cinta dan Kau Yang Aku Sayang. Tanpa dirancang dan atas permintaan tetamu yang hadir, duet Mr. Hot bersama isteri tercinta boleh dikatakan menjadi acara kemuncak pada petang itu. Lagu "Kau Mawarku" memukau tetamu yang hadir.

Peminat bertuah yang berpeluang beraksi bersama Mr. Hot

Segmen bersama peminat juga membuatkan Restoran D'Pelangi menjadi gamat. Peminat diminta bergandingan melakonkan babak drama bersama Adi Putra.

Ternyata majlis yang dianjurkan oleh 1Hotlovers di Singapura meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Lagi gambar sekitar Majlis Hi-Tea Bersama Adi Putra di Kota Singa.

Peminat cilik bersama Mr. Hot