round minus
round plus

Sunday, October 7, 2012

Roadtour : Hi Tea Bersama Adi Putra Di Singapura



Salam 1Hotlovers.

Debaran menanti tayangan filem Aku Terima Nikahnya semakin dirasai bukan sahaja oleh para pelakon malahan juga dirasai oleh peminat-peminat setia filem Melayu dan yang pastinya 1Hotlovers. Keterujaan jelas dilihat apabila "Movie Day Out" bersama Adi Putra pada 21hb ini telah menjadi event "pisang goreng panas" yang tidak sampai sehari dibuka telah pun fully booked. Kepada yang tidak berkesempatan, InsyaAllah pihak Executives bersama Adi Putra akan cuba untuk mengadakan event sebegini lagi.


Berbalik seperti tajuk di atas. Pada 16hb September yang lalu, 1Hotlovers di Singapura telah mengadakan Majlis Hi-Tea bersama Mr. Hot Adi Putra. Majlis yang diadakan bermula jam 2 petang hingga 5 petang telah berjaya mengumpulkan hampir 100 orang tetamu yang jelas benar2 seronok berjumpa mata dengan pelakon hebat kelahiran Kota Singa ini.

Sesi beramah mesra bersama tetamu juga dilihat berjaya membuat tetamu mengenali Adi Putra sekaligus menangkis stigma yang mengatakan Adi Putra seorang yang serius.





Pada majlis petang itu, Mr. Hot telah mendendangkan lagu-lagu yang dijadikan OST drama dan filem yang ditulis sendiri. Antaranya adalah Dia Untukku, Tiada Kasih Tiada Cinta dan Kau Yang Aku Sayang. Tanpa dirancang dan atas permintaan tetamu yang hadir, duet Mr. Hot bersama isteri tercinta boleh dikatakan menjadi acara kemuncak pada petang itu. Lagu "Kau Mawarku" memukau tetamu yang hadir.

Peminat bertuah yang berpeluang beraksi bersama Mr. Hot

Segmen bersama peminat juga membuatkan Restoran D'Pelangi menjadi gamat. Peminat diminta bergandingan melakonkan babak drama bersama Adi Putra.

Ternyata majlis yang dianjurkan oleh 1Hotlovers di Singapura meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Lagi gambar sekitar Majlis Hi-Tea Bersama Adi Putra di Kota Singa.

Peminat cilik bersama Mr. Hot


Sokongan daripada Bonda tersayang

Seiiras

Peminat cilik bersama Mrs. Hot

Mrs. Hot bersama Presiden 1Hotlovers

Antara Exec yang hadir


Sokongan daripada isteri tersayang

Romantika de Amor

Orang kuat disebalik Hi-Tea bersama Exec

Mereka yang bertungus lumus menjayakan majlis

Terima kasih kepada Azura dan Dada untuk gambar sekitar majlis.

No comments: